Tuesday, 6 May 2014

Apa itu Logistik ??




 Sebelum aku terangkan lebih lanjut aku nak tanya korang semua. Tahukah apa itu Logistik? Jawapan yang sering orang akan jawab ialah "ala, yang bawa lori tayar 21 tu", "hang kerja bawa lori la lepas ni noh". Cilaka apa belajar diploma kena bawak lori? 

Soalan tu aku tanya sebab aku salah seorang pelajar Diploma Logistics and Supply Chain. Soalan yang paling popular dan paling malas di dengar apabila menjadi pelajar kos ini adalah "logistik tu pe bende?". Penumbuk mau? :)

Logistik secara ringkas adalah penyimpanan barang, persedian barangan, penghantaran barangan dan pergerakan barang. Nak lagi jelas aku sertakan gambar untuk pembaca semua.

Inilah dinamakan logistik, nampak tak lori tu? Lori tu sebahagian daripada logistik dalam bahagian penghantaran barang. Pelajar Logistik bukan sahaja belajar mengenai penghantaran barang tapi bermula dari permulaaan proses.

Siapa yang betul-betul dalam bidang ni akan faham apa itu logistik, percaya tak kalau aku cakap bahawa sesuatu organisasi itu akan musnah tanpa Logistik? Perkara itu memang benar sebab sesebuah organisasi sangat memerlukan unit Logistik untuk menggerakkan proses perjalanan barang. Kalau tak ada unit Logistik unit mana lagi nak buat kerja tu? Fikirkan.

Selain itu, unit Logistik juga amat rapat dengan unit Kewangan di sesuatu organisasi. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila unit Logistik ingin membeli bekalan barang untuk organisasi kita perlu merujuk kepada unit Kewangan terlebih dahulu bagi mendapatkan kewangan untuk memesan bekalan baru.

Setakat ini aku hanya bercerita mengenai perkara ringkas seperti makna logistik, penghantaran barang jalan darat (jalan udara dan air belum lagi) serta hubungkait unit logistik dengan unit kewangan.

Selamat membaca..

No comments: