Assalamualaikum guys :)
okey . aku nak share sikit sai MARA . . klau you all nak tau an , kalau nk masok u swasta perlu sediakan ESEI utk htr ke MARA or PTPTN . . btw , better amek mara tau . . so sini ada sikit rujuk
an kalau nk buat esei tu tau . n paling penting mestilah melebihi 300 patah perkataan . macam nk buat esei BM form5 kan ?? okey tengs to my BM teachers coz guide me . . k klau nk tiru/copy boleh la . Silakan . Harap dapat membantu k .
an kalau nk buat esei tu tau . n paling penting mestilah melebihi 300 patah perkataan . macam nk buat esei BM form5 kan ?? okey tengs to my BM teachers coz guide me . . k klau nk tiru/copy boleh la . Silakan . Harap dapat membantu k .
KARANGAN MENGENAI PERIHAL DIRI,
PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat
lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau
susahkan. Di sini saya mulakan karangan mengenai pengenalan dan perihal diri,
nama saya Nur Syamimi binti Shamsuri,
berumur 18 tahun dan lahir pada 29 Februari 1996 di Baling, Kedah Darul Aman. Saya
merupakan anak yang kedua daripada empat
orang adik-beradik. Saya
menetap di teratak ibu bapa beralamat
849, Lorong Teja 18, Taman Keladi, 08000 Sungai Petani, Kedah. Mendapat
pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur dari
darjah satu hingga darjah tiga. Kemudian menyambung pengajian di Sekolah
Kebangsaan Petani Jaya, Sungai Petani,
Kedah dari darjah empat hingga darjah enam kekangan kerana perubahan pekerjaan
bapa sebagai seorang tentera yang sering berpindah randah. Seterusnya
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan sehingga ke
Tingkatan Lima setelah peroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
dan PMR. Di sekolah dahulu, prestasi
pelajaran saya biasa sahaja.
Alhamdulillah, keputusan yang saya miliki semasa Sijil Pelajaran
Malaysia setimpal dengan usaha saya selama ini.
Sekarang saya mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran ke Malaysian Institute of Industrial Technology UniKL MITEC di Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, Masai Johor dalam
program Diploma in Industrial Logistics.
Di kesempatan peluang ini datang mungkin ada hikmah untuk
agama,negara,bangsa hatta kepada MARA umpamanya, saya terus bersetuju dengan
tawaran untuk ke sana. Saya selalu menasihatkan diri agar menjadikan ilmu ini
sebagai satu ibadah bukan ia digunakan di atas kertas peperiksaan semata-mata
selepas daripada itu hilang, lupa dan seumpamanya. Sekiranya itulah yang
berlaku ia bukan dikira sebagai ilmu yang bermanfaat. Justeru itu saya memohon
jasa baik dari pihak MARA untuk meluluskan pinjaman saya. Oleh itu, dengan
mempelajari dalam program Diploma Industrial Logistics ini saya mungkin dapat menambah
lagi ilmu Perdagangan dan Prinsip Perakaunan yang saya pernah pelajari semasa
sepanjang persekolahan saya dahulu.
Selepas mendapatkan diploma, saya akan cuba melanjutkan pelajaran dalam
ijazah lalu membalas balik apa yang ibu bapa saya telah lakukan untuk saya
dalam melanjutkan pelajaran supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga,
bangsa dan negara.
Jika saya dapat
menamatkan pelajaran saya di UniKL MITEC dengan baik, saya kemudiannya akan
cuba mencari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang akan
saya belajar. Saya akan mencari
pengalaman bekerja selama beberapa tahun untuk mendapat ilmu dan pengalaman,
kemudian menyambung pengajian ke tahap ijazah dan seterusnya .Saya akan
berusaha untuk menjawat jawatan sebagai pengurus pengangkutan &
logistik,perancang logistik udara,laut dan darat,pengurus gudang dan
penyimpanan,pengurus laluan logistik (Route),personal import/eksport kargo
& logistic. Saya berminat dalam bidang sebegini kerana logistik membawa
impak yang penting dalam kemajuan sesebuah syarikat dan peniagaan malah import
dan eksport negara. Akhir kata, saya ingin membuktikan bahawa anak bumiputra
mampu untuk bergerak maju ke hadapan serta
bersaing dengan negara luar. Hal ini dapat menaikkan nama negara
Malaysia seantaro dunia .
Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai
diri saya dan juga perancangan pengajian serta kerjaya yang saya ingin lakukan
di masa hadapan.
3 comments:
typo tu xD
seantero*
Halo semuanya, Nama saya Sasha Ahmad, seorang warga negara Malaysia; Saya berusia 38 tahun .. Saya ingin menggunakan media ini untuk menginformasikan Anda semua tentang kebaikan tuan karena akhirnya membimbing saya kepada pemberi pinjaman yang benar-benar dan tulus bernama Bryan M Corsini, direktur pelaksana MODAL SUMBER KEUANGAN setelah ditipu oleh pemberi pinjaman palsu lainnya, saya tidak punya harapan dan tidak tahu siapa yang harus dipercaya ketika dia datang dan memberikan senyum yang luar biasa di wajah saya karena kejutan terbesar saya. Siapa pun dari Anda yang juga menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi, saya telah membawakan Anda kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percayai, cukup hubungi mereka sekarang melalui email: {capitalsourcefinancellny@gmail.com}} melalui Whatsapp +1 832-648-2931 untuk info lebih lanjut tentang cara mendapatkan pinjaman Anda atau Anda dapat menghubungi saya melalui email saya untuk panduan dan saran lebih lanjut tentang cara mengajukan pinjaman dari Mr. Bryan di sashaahmad247@gmail.com. Dan sekali lagi terima kasih kepada Bryan M Corsini karena memberi saya pinjaman sebesar $ 80.000.
Hai semuanya, Nama saya Angga Annisa dan saya berbicara sebagai orang yang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang saya secara finansial dipukul tanpa harapan akan bantuan apa pun, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan Ibu. Saya sangat senang untuk mengatakan keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp.700juta untuk memulai hidup saya di sekitar karena profesi saya karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia tampak seperti itu tergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya kepada sebuah perusahaan yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, ISKANDAR LENDERS, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700 juta dan saya akan menyarankan siapa pun yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Bunda Iskandar melalui email. [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik
Contact Details:
e_mail Address:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com>>>>
WhatsApp:::+6282274045059
Company::Iskandar Lenders"""""
Loan Amount:::Rp.700juta
Name:::::Angga Annisa
Country::::Indonesia
Occupation:Trader
Year:April,2020
Jumlah minimum>>>>>>Rp.100 juta
Jumlah maksimum>>>>>Rp.100 miliar
Post a Comment